Info Syarikat
Neutrixes Global Sdn Bhd sebuah syarikat 100% Milik Bumiputra dan merupakan syarikat jualan langsung inovatif yang ditubuhkan pada 13 Disember 2024. Sebagai anak syarikat HSF Manufacture Sdn Bhd, Neutrixes menawarkan produk berkualiti tinggi dan peluang keusahawanan.
HSF Manufacture Sdn Bhd juga berpengalaman luas dalam bidang pengilangan OEM sejak tahun 2016, yang beroperasi di Kedah Halal Park, Sungai Petani, Kedah, menghasilkan pelbagai jenama produk yang berjaya di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Neutrixes Global Sdn Bhd komited untuk membantu usahawan mencapai potensi terbaik dalam bidang perniagaan rangkaian yang menjadi pilihan ramai sekarang
Sijil Pendaftaran Syarikat
Mejar(B) Zulfadzli Bin Dato Haji Hassan – Pengerusi
Berpengalaman luas dalam perniagaan dan logistik, beliau menerajui Neutrixes dengan visi dan kepimpinan strategik.
Tn Haji Haikal Bin Abdul Manaff – CEO
Berpengalaman dalam perbankan dan memiliki kilang OEM dalam industri kosmetik & minuman, beliau memacu pertumbuhan syarikat dengan kepakaran dalam kewangan dan pengurusan.
Sirajul Fikri Bin Mat Yazid – CMO
Berpengalaman lebih 20 tahun dalam Network Marketing, beliau bertanggungjawab memperkukuh jenama Neutrixes di peringkat Asia.
Dr. Mohd Ali Hanafiah – Konsultan Produk
Pakar dalam GMP & ISO dengan lebih 14 tahun pengalaman dalam industri farmaseutikal dan makanan, memastikan pematuhan dan kualiti tertinggi.